TelMobile

Umrah



PENERBANGAN : Malaysia Airlines / Saudi Arabian Airlines


HARGA PAKEJ TERMASUK :

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran.
  • Penginapan di Mekah (300m) dan Madinah (150m).
  • Mutawwif pengiring dari Malaysia.
  • Kursus bimbingan Umrah di Tanahair.
  • Pengurusan visa umrah.
  • Lawatan seperti dalam aturcara.
  • Hidangan makanan buffet ekonomi/packing/layan diri di Mekah dan Madinah.
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara.
  • Insurans perjalanan.
  • Cenderamata :
    • 1 set barangan umrah,
    • Buku doa/panduan umrah & ziarah.
    • Air Zam-zam 5 liter.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK :

  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, troli, telefon hotel dan sebagainya.
  • Tambahan yang tidak dinyatakan di dalam tawaran pakej.
  • Bayaran bagasi lebih had (Melebihi 30 kg).

DEPOSIT
  • Deposit RM 1,000 seorang perlu dibayar semasa pendaftaran 
  • Jika terdapat sebarang pembatalan pakej, pemulangan deposit adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat standard bagi pakej pelancongan 
BAYARAN PENUH
  • Bayaran penuh perlu dijelaskan sebulan sebelum tarikh pakej. 
  • Jika pendaftaran dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh pergerakan, jemaah perlu membuat pembayaran penuh semasa pendaftaran.
PEMBAYARAN
  • Pembayaran perlu dibuat ke akaun WHE MUMTAZ TRAVEL & TOUR SDN. BHD
  • MAYBANK 563064131218

NOTA :

  • Tertakluk kepada kelulusan VISA umrah, terma & syarat serta perubahan notis.
  • Polisi harga KANAK-KANAK rujuk ke pejabat WHE Mumtaz Travel.
  • Tambahan bayaran untuk musim cuti sekolah.
  • Aturcara umrah, syarikat penerbangan, tempat lawatan ini tertakluk kepada kelulusan visa dan perubahan semasa tanpa notis.
  • Bilangan hari tertakluk kepada jadual penerbangan.
  • Tertakluk kepada pertukaran matawang asing.
  • Tertakluk pada akta industri pelancongan.
  • Tertakluk pada terma & syarat serta perubahan notis.


  • Aturcara tertakluk kepada lapangan terbang ketibaan atau pelepasan (Madinah / Jeddah), Jemaah akan berniat Ihram di Miqat Dzulhuzaifah (Bir Ali) iaitu ketika perjalanan ke Mekah (jika mendarat di Madinah) atau berniat Miqat Qarnul Manazil (jika mendarat di Jeddah).
  • Sila pastikan anda bersedia dengan pakaian Ihram dan berniat Umrah apabila diumumkan (Rujuk Mutawwif bertugas untuk bimbingan).

KUL > MED / JED > KUL

Hari 01 : K. Lumpur > Madinah
Jemaah berkumpul 3 (tiga) jam sebelum berlepas dari KLIA menuju ke Madinah dan pesawat dijangka berlepas pada waktu petang dan dijangka tiba pada waktu malam. Selepas selesai urusan di imigresen dan pengambilan bagasi, Jemaah akan bertolak ke hotel di Madinah.

Hari 02 : Madinah
Sebelah pagi, jemaah dibawa menziarahi Maqam Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. dan perkuburan Baqi’.

Hari 03 : Madinah
Jemaah akan menaiki bas ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh, tempat percetakan Al-Quran dan melawat di kebun Kurma (sekiranya mendapat kebenaran dari Pihak berkuasa).

Hari 04 : Madinah > Mekah
Jemaah akan melakukan Ziarah Wada’ dan kemudian bertolak ke Mekah dan menuju ke hotel di sana. Selepas selesai urusan pendaftaran masuk hotel dan berehat, peserta akan dibimbing menyempurnakan Umrah 1.

Hari 05 : Mekah
Jemaah akan dibawa ziarah ke sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah 2. Dalam perjalanan, jemaah akan melalui Bukit Thur dan Jabal Nur yang sangat bersejarah (sekiranya mendapat kebenaran dari Pihak berkuasa).

Hari 06 & 07 : Mekah
Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 08 : Mekah
Jemaah akan dibawa ziarah ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau Muzium Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke kandang unta. Seterusnya jemaah akan ke Miqat Hudaibiyah untuk berniat Umrah 3.

Hari 09 & 10 : Mekah
Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 11 : Mekah
Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’. Bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Dijangka berlepas dari Jeddah pada waktu malam.

Hari 12 : Kuala Lumpur
Tiba di KLIA dengan kenangan manis di Tanah Suci.

KUL > JED / MED > KUL

Hari 01: K. Lumpur > Jeddah > Mekah
Jemaah berkumpul 3 (tiga) jam sebelum berlepas dari KLIA menuju ke Mekah melalui Jeddah. Selepas selesai urusan di imigresen dan pengambilan bagasi, jemaah akan bertolak ke Mekah dengan bas berhawa dingin dan terus daftar masuk hotel dan kemudian peserta akan dibimbing menyempurnakan Umrah 1.

Hari 02 & 03: Mekah
Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 04 : Mekah
Jemaah akan dibawa ziarah ke sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah 2. Dalam perjalanan, jemaah akan melalui Bukit Thur dan Jabal Nur yang sangat bersejarah.

Hari 05 :  Mekah
Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 06 : Mekah
Jemaah akan dibawa ziarah ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau Muzium Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke kandang unta. Seterusnya jemaah akan ke Miqat Hudaibiyah untuk berniat Umrah 3.

Hari 07 : Mekah
Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 08 : Mekah > Madinah
Peserta akan tawaf Wida’ dan kemudian bertolak ke Madinah dan menuju ke hotel di sana.

Hari 09 : Madinah
Sebelah pagi, jemaah dibawa menziarahi Maqam Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. dan perkuburan Baqi’. Sebelah petang, jemaah akan menaiki bas ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh, tempat percetakan Al-Quran dan berakhir di Pasar Kurma / Kebun Kurma (sekiranya mendapat kebenaran dari Pihak berkuasa).

Hari 10 : Madinah
Acara bebas.

Hari 11 : Madinah
Jemaah akan melakukan Ziarah Wada’ dan kemudian bertolak ke Lapangan terbang Madinah untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Hari 12 : Kuala Lumpur
Tiba di KLIA dengan kenangan manis di Tanah Suci.



NAMA HOTEL MEKAH: Saraya Ajyad (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

NAMA HOTEL MADINAH: Concord (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter


Bagi Pendaftaran Umrah/Ziarah
Setiap Jemaah perlu melakukan perkara berikut: –

  • Mengisi Borang Pendaftaran Umrah yang disediakan dengan lengkap.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Menyediakan passport Antarabangsa.
  • Gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  • Buku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  • Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun – rujuk perkara 4 bagi urusan permohonan visa.
  • Wang Deposit sebanyak RM1000.00 semasa pendaftaran samada cek/tunai.
    • Bayaran boleh dilakukan diatas nama: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD.
    • MAYBANK BERHAD ( Cawangan Perbankan Islam Jalan Air Jernih, Terengganu).
    • No. Akaun : 563064131218

Bagi Urusan Permohonan Visa
Setiap Jemaah perlu menyediakan perkara berikut: –

  1. Serahan passport yang masih laku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
  2. Serahan gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  3. SerahanBuku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  4. Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun :-
    • Isteri pergi tanpa suami (Salinan KP Suami, Surat Nikah, Surat Kebenaran daripada suami & dokumen mahram).
    • Isteri pergi dengan suami (Salinan Surat Nikah).
    • Wanita 45 tahun ke atas;-
      • Wanita Bujang Ikut Bapa (Salinan surat beranak).
      • Wanita Bujang Ikut bapa Saudara (Salinan surat beranak jemaah, Salinan surat beranak bapa saudara, Salinan surat beranak bapa dan surat kebenaran dari bapa (surat kebenaran daripada bapa saudara di Malaysia jika bapa telah meninggal).
      • Wanita Bujang Ikut Adik Beradik Lelaki (Salinan surat beranak & surat kebenaran daripada bapa).
      • Wanita Ikut Anak Lelaki (Salinan Surat Lahir Anak Lelaki & surat kebenaran daripada suami).
    • Anak Lelaki <17 tahun ikut Bapa (Salinan Surat Lahir Sendiri).
    • Anak Lelaki<17 tahun ikut Ibu (Salinan Surat Lahir Sendiri, Salinan surat lahir Adik Beradik Lelaki & surat kebenaran bapa).


Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Verification


WhatsApp chat