TelMobile

Umrah Ziarah Baitulmaqdis 14H12M

Dari RM8,990 seorang | All-in


HARGA PAKEJ TERMASUK :

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran.
  • Penginapan di Baitulmaqdis, Amman (Jordan), Mekah (300m) dan Madinah (150m).
  • Mutawwif pengiring dari Malaysia.
  • Kursus bimbingan Umrah di Tanahair.
  • Pengurusan visa umrah.
  • Lawatan seperti dalam aturcara.
  • Hidangan makanan buffet ekonomi/packing/layan diri di Mekah dan Madinah.
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara.
  • Insurans perjalanan.
  • Cenderamata :
    • 1 set barangan umrah,
    • Buku doa/panduan umrah & ziarah.
    • Air Zam-zam 5 liter.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK :

  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, troli, telefon hotel dan sebagainya.
  • Tambahan yang tidak dinyatakan di dalam tawaran pakej.
  • Bayaran bagasi lebih had (Melebihi 30 kg).
  • Tip kepada pemandu pelancong di Bailtulmaqdis & Amman.

DEPOSIT :

  • Deposit RM 1,000 seorang perlu dibayar semasa pendaftaran.
  • Jika terdapat sebarang pembatalan pakej, pemulangan deposit adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat standard bagi pakej pelancongan.

BAYARAN PENUH :

  • Bayaran penuh perlu dijelaskan sebulan sebelum tarikh pakej.
  • Jika pendaftaran dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh pergerakan, jemaah perlu membuat pembayaran penuh semasa pendaftaran.

PEMBAYARAN :
Pembayaran perlu dibuat ke

  • PENAMA: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOUR SDN. BHD.
  • BANK: MAYBANK BERHAD
  • NO. AKAUN: 563064131218

NOTA :

  • Tertakluk kepada kelulusan VISA umrah, terma & syarat serta perubahan notis.
  • Polisi harga KANAK-KANAK rujuk ke pejabat WHE Mumtaz Travel.
  • Tambahan bayaran untuk musim cuti sekolah.
  • Aturcara umrah, syarikat penerbangan, tempat lawatan ini tertakluk kepada kelulusan visa dan perubahan semasa tanpa notis.
  • Bilangan hari tertakluk kepada jadual penerbangan.
  • Tertakluk kepada pertukaran matawang asing.
  • Tertakluk pada akta industri pelancongan.
  • Tertakluk pada terma & syarat serta perubahan notis.

Hari 01 : 06 Dis (Khamis)
K. Lumpur > Amman

Jemaah akan berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas dan pesawat akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Amman Jordan.

Hari 02 : 07 Dis (Jumaat)
Amman > Baitulmaqdis

Jemaah tiba di Lapangan Terbang Amman, Jordan. Kemudian meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis melalui Allenby bridge(sempadan Jordan/Palestine). Lawatan ke Masjid Al Aqsa, Dome of the rock dan solat jumaat. Makan tengahari di Restoran Tempatan. Daftar masuk hotel dan makan malam di hotel. Bermalam di Baitulmaqdis.

Hari 03 : 08 Dis (Sabtu)
Baitulmaqdis

Sarapan pagi di hotel kemudian melihat panorama Jerusalem Old City dari Mount of Olives. Meneruskan lawatan ke Memorial Tomb of Raba’a Adwieh, Tomb of Salman Al Farisi, Old Markets of Jerusalem, Masjed Khalifa Omar Ben Al Khatab dan jemaah akan makan tengahari di Restoran Tempatan. Solat Jamak dan Qasar di Masjid Tempatan dan jemaah akan meneruskan perjalanan ke Hebron untuk melawat Haram El-Abrahimi. Makan malam di hoel serta bermalam di Baitulmaqdis.

Hari 04 : 09 Dis (Ahad)
Baitulmaqdis > Amman

Sarapan pagi di hotel kemudian meneruskan perjalanan ke Jericho untuk melawat Maqam Nabi Musa. Meneruskan perjalanan ke Jordan melalui Allenby Bridge dan teruskan lawatan ke Laut Mati(Dead Sea). Kemudian singgah makan tengahari di restoran tempatan dan solat Jamak dan Qasar di Masjid Tempatan. Daftar masuk hotel dan makan malam di hotel.

Hari 05 : 10 Dis (Isnin)
Amman > Madinah

Sarapan pagi di hotel kemudian eneruskan Lawatan ke Kota Lama Nabi Yusha’, Kota Lama Nabi Shu’iab dan Gua Al-Kahfi. Singgah makan tengahari di restoran tempatan dan solat Jamak Dan Qasar di Masjid Tempatan. Perjalanan ke airport untuk penerbangan ke Madinah. Ketibaan jemaah di Madinah International Airport disambut oleh mutawwif. Selepas selesai urusan dengan muassasah, jemaah menaiki bas, menuju ke hotel. Daftar masuk hotel. Makan malam di hotel dan bermalam di Madinah.

Hari 06 : 11 Dis (Selasa)
Madinah

Solat subuh dan sarapan pagi.
Ziarah Dalam : Masjid Nabawi. Dan pada waktu malam selepas isyak, jemaah dibawa melawat Raudhah di Masjid Nabawi. Jemaah perempuan akan berkumpul awal di lobi hotel selepas maghrib dan dibawa oleh mutawwifah perempuan, manakala jemaah lelaki akan dibawa oleh mutawwif lelaki. Bermalam di Madinah.

Hari 07 : 12 Dis (Rabu)
Madinah

Solat subuh dan sarapan pagi.
Ziarah Luar : Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh, tempat percetakan Al-Quran (sekiranya mendapat kebenaran dari Pihak berkuasa) dan melawat di Kebun Kurma. Bermalam di Madinah.

Hari 08 : 13 Dis (Khamis)
Madinah > Mekah

Solat zohor dan makan tengahari Check out hotel, menaiki bas dan bertolak ke Mekah. Jemaah akan melakukan ziarah Wada’ dan kemudian bertolak ke Mekah dan menuju ke hotel di sana. Selepas selesai pendaftaran masuk hotel dan rehat seketika. Kemudian peserta akan dibimbing menyempurnakan Umrah 1. Bermalam di Mekah.

Hari 09 : 14 Dis (Jumaat)
Mekah

Solat Jumaat di Masjidil Haram.

Hari 10 : 15 Dis (Sabtu)
Mekah

Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 11 : 16 Dis (Ahad)
Mekah

Ziarah sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji : Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah 2. Dalam perjalanan, jemaah akan melalui Bukit Thur dan Jabal Nur yang sangat bersejarah.

Hari 12 : 17 Dis (Isnin)
Mekah

Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 13 : 18 Dis (Selasa)
Mekah

Jemaah akan dibawa ziarah ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau Muzium Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke kandang unta. Seterusnya jemaah akan ke Miqat Hudaibiyah untuk berniat Umrah 3.

Hari 14 : 19 Dis (Rabu)
Mekah > Kuala Lumpur

Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah untuk berlepas ke Kuala Lumpur melalui Doha. Tiba di Malaysia.

NAMA HOTEL MADINAH: Concord (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

NAMA HOTEL MEKAH: Saraya Ajyad (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

Bagi Pendaftaran Umrah/Ziarah
Setiap Jemaah perlu melakukan perkara berikut: –

  • Mengisi Borang Pendaftaran Umrah yang disediakan dengan lengkap.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Menyediakan passport Antarabangsa.
  • Gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  • Buku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  • Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun – rujuk perkara 4 bagi urusan permohonan visa.
  • Wang Deposit sebanyak RM1000.00 semasa pendaftaran samada cek/tunai.
    • Bayaran boleh dilakukan diatas nama: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD.
    • MAYBANK BERHAD ( Cawangan Perbankan Islam Jalan Air Jernih, Terengganu).
    • No. Akaun : 563064131218

Bagi Urusan Permohonan Visa
Setiap Jemaah perlu menyediakan perkara berikut: –

  1. Serahan passport yang masih laku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
  2. Serahan gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  3. SerahanBuku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  4. Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun :-
    • Isteri pergi tanpa suami (Salinan KP Suami, Surat Nikah, Surat Kebenaran daripada suami & dokumen mahram).
    • Isteri pergi dengan suami (Salinan Surat Nikah).
    • Wanita 45 tahun ke atas;-
      • Wanita Bujang Ikut Bapa (Salinan surat beranak).
      • Wanita Bujang Ikut bapa Saudara (Salinan surat beranak jemaah, Salinan surat beranak bapa saudara, Salinan surat beranak bapa dan surat kebenaran dari bapa (surat kebenaran daripada bapa saudara di Malaysia jika bapa telah meninggal).
      • Wanita Bujang Ikut Adik Beradik Lelaki (Salinan surat beranak & surat kebenaran daripada bapa).
      • Wanita Ikut Anak Lelaki (Salinan Surat Lahir Anak Lelaki & surat kebenaran daripada suami).
    • Anak Lelaki <17 tahun ikut Bapa (Salinan Surat Lahir Sendiri).
    • Anak Lelaki<17 tahun ikut Ibu (Salinan Surat Lahir Sendiri, Salinan surat lahir Adik Beradik Lelaki & surat kebenaran bapa).


Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Verification


WhatsApp chat