TelMobile

Umrah Ziarah Cairo 14H12M

Dari RM7,590 seorang | All-in


HARGA PAKEJ TERMASUK :

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran.
  • Penginapan di Cairo, Mekah (300m) dan Madinah (150m).
  • Mutawwif pengiring dari Malaysia.
  • Kursus bimbingan Umrah di Tanahair.
  • Pengurusan visa umrah.
  • Lawatan seperti dalam aturcara.
  • Hidangan makanan buffet ekonomi/packing/layan diri di Mekah dan Madinah.
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara.
  • Insurans perjalanan.
  • Cenderamata :
    • 1 set barangan umrah,
    • Buku doa/panduan umrah & ziarah.
    • Air Zam-zam 5 liter.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK :

  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, troli, telefon hotel dan sebagainya.
  • Tambahan yang tidak dinyatakan di dalam tawaran pakej.
  • Bayaran bagasi lebih had (Melebihi 30 kg).
  • Tip kepada pemandu pelancong di Cairo.

DEPOSIT :

  • Deposit RM 1,000 seorang perlu dibayar semasa pendaftaran.
  • Jika terdapat sebarang pembatalan pakej, pemulangan deposit adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat standard bagi pakej pelancongan.

BAYARAN PENUH :

  • Bayaran penuh perlu dijelaskan sebulan sebelum tarikh pakej.
  • Jika pendaftaran dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh pergerakan, jemaah perlu membuat pembayaran penuh semasa pendaftaran.

PEMBAYARAN :
Pembayaran perlu dibuat ke

  • PENAMA: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOUR SDN. BHD.
  • BANK: MAYBANK BERHAD
  • NO. AKAUN: 563064131218

NOTA :

  • Tertakluk kepada kelulusan VISA umrah, terma & syarat serta perubahan notis.
  • Polisi harga KANAK-KANAK rujuk ke pejabat WHE Mumtaz Travel.
  • Tambahan bayaran untuk musim cuti sekolah.
  • Aturcara umrah, syarikat penerbangan, tempat lawatan ini tertakluk kepada kelulusan visa dan perubahan semasa tanpa notis.
  • Bilangan hari tertakluk kepada jadual penerbangan.
  • Tertakluk kepada pertukaran matawang asing.
  • Tertakluk pada akta industri pelancongan.
  • Tertakluk pada terma & syarat serta perubahan notis.

Hari 01 : 22 NOV 2018 (Khamis)
K. Lumpur > Cairo

Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA Sepang 3 jam sebelum berlepas dari KLIA.. Meneruskan penerbangan ke Cairo dan apabila tiba di Cairo jemaah akan tansit di Lapanganterbang Antarabangsa Cairo.

Hari 02 : 23 NOV 2018 (Jumaat)
Cairo

Sarapan pagi kemudian jemaah akan dibawa melawat Pyramids Sphinx dan Bazaar Khan Khalili. Jemaah dapat membeli-belah di Grand Bazaar yang menjual hasil barangan tempatan. Solat jumaat di masjid tempatan.

Hari 03 : 24 NOV 2018 (Sabtu)
Baitulmaqdis

Sarapan pagi di hotel kemudian melihat panorama Jerusalem Old City dari Mount of Olives. Meneruskan lawatan ke Memorial Tomb of Raba’a Adwieh, Tomb of Salman Al Farisi, Old Markets of Jerusalem, Masjed Khalifa Omar Ben Al Khatab dan jemaah akan makan tengahari di Restoran Tempatan. Solat Jamak dan Qasar di Masjid Tempatan dan jemaah akan meneruskan perjalanan ke Hebron untuk melawat Haram El-Abrahimi. Makan malam di hoel serta bermalam di Baitulmaqdis.

Hari 04 : 25 NOV 2018 (Ahad)
Cairo / Madinah

Selepas sarapan pagi jemaah akan daftar keluar hotel. Meneruskan lawatan dengan menziarahi Masjid Sultan Hassan,Masjid Al-Azhar dan Maqam Imam Shafie. Menuju ke Lapangan Terbang untuk ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, jemaah akan menaiki bas meuju ke hotel dan berehat.

Hari 05 : 26 NOV 2018 (Isnin)
Madinah

Selepas solat subuh dan sarapan pagi, lawatan di sekitar kota Madinah : Jabal Uhud / Masjid Quba’ / Masjid Qiblatain / Masjid Tujuh / Pasar Kurma. Lawatan ke Kilang Percetakan Al-Quran akan dibuat setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa di sana.

Hari 06 : 27 NOV 2018 (ISelasa)
Madinah

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa melawat ke Maqam Rasulullah SAW / Maqam Saidina Abu Bakar r.a. / Maqam Saidina Umar r.a. / Raudhah dan Perkuburan Baqie.

Hari 07 : 28 NOV 2018 (Rabu)
Madinah / Mekah

Selepas solat subuh para jemaah dikehendaki melakukan Ziarah Widak di Maqam Rasulullah . Berlepas ke Mekah Al-Mukarramah dengan pakaian ihram. Para jemaah akan berhenti Miqat (niat mengerjakan umrah ) di Bir Ali. Kemudian bas akan terus membawa jemaah ke hotel di Mekah. Selepas urusan daftar masuk dan rehat , jemaah akan mengerjakan umrah dengan dipimpin oleh seorang mutawwif.

Hari 08 : 29 NOV 2018 (Khamis)
Mekah

Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan memperbanyakkan melakukan ibadah umrah dan iktikaf di Masjidil haram.

Hari 09 : 30 NOV 2018 (Jumaat)
Mekah

Solat Jumaat di Masjidil Haram.

Hari 10 : 01 DIS 2018 (Sabtu)
Mekah

Selepas solat subuh dan sarapan pagi , ziarah ke : Jabal Nur / Jabal Tsur / Arafah / Muzdhalifah / Jabal Rahmah / Mina / Jaaranah (jemaah boleh berniat ihram di Jaaranah bagi menyempurnakan ibadah umrah ).

Hari 11 : 02 DIS 2018 (Ahad)
Mekah

Lawatan ke Kilang Membuat Kelambu Kaabah atau Muzium Haramain dan Masjid Hudaibiyah. Para jemaah boleh berniat ihram di Hudaibiyyah. (Bagi mereka yang ingin melakukan umrah).

Hari 12 : 03 DIS 2018 (Isnin)
Mekah

Acara bebas sepanjang hari . Jemaah digalakkan memperbanyakkan melakukan ibadah umrah dan iktikaf di Masjidil haram.

Hari 13 : 04 DIS 2018 (Selasa)
Mekah > Kuala Lumpur

Hari terakhir di Mekah. Para jemaah dikehendaki melakukan tawaf widak sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah. Berlepas ke Kuala Lumpur.

Hari 14 : 05 DIS 2018 (Rabu)
Kuala Lumpur

Tiba di KLIA.

NAMA HOTEL MADINAH: Concord (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

NAMA HOTEL MEKAH: Saraya Ajyad (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

Bagi Pendaftaran Umrah/Ziarah
Setiap Jemaah perlu melakukan perkara berikut: –

  • Mengisi Borang Pendaftaran Umrah yang disediakan dengan lengkap.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Menyediakan passport Antarabangsa.
  • Gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  • Buku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  • Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun – rujuk perkara 4 bagi urusan permohonan visa.
  • Wang Deposit sebanyak RM1000.00 semasa pendaftaran samada cek/tunai.
    • Bayaran boleh dilakukan diatas nama: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD.
    • MAYBANK BERHAD ( Cawangan Perbankan Islam Jalan Air Jernih, Terengganu).
    • No. Akaun : 563064131218

Bagi Urusan Permohonan Visa
Setiap Jemaah perlu menyediakan perkara berikut: –

  1. Serahan passport yang masih laku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
  2. Serahan gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  3. SerahanBuku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  4. Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun :-
    • Isteri pergi tanpa suami (Salinan KP Suami, Surat Nikah, Surat Kebenaran daripada suami & dokumen mahram).
    • Isteri pergi dengan suami (Salinan Surat Nikah).
    • Wanita 45 tahun ke atas;-
      • Wanita Bujang Ikut Bapa (Salinan surat beranak).
      • Wanita Bujang Ikut bapa Saudara (Salinan surat beranak jemaah, Salinan surat beranak bapa saudara, Salinan surat beranak bapa dan surat kebenaran dari bapa (surat kebenaran daripada bapa saudara di Malaysia jika bapa telah meninggal).
      • Wanita Bujang Ikut Adik Beradik Lelaki (Salinan surat beranak & surat kebenaran daripada bapa).
      • Wanita Ikut Anak Lelaki (Salinan Surat Lahir Anak Lelaki & surat kebenaran daripada suami).
    • Anak Lelaki <17 tahun ikut Bapa (Salinan Surat Lahir Sendiri).
    • Anak Lelaki<17 tahun ikut Ibu (Salinan Surat Lahir Sendiri, Salinan surat lahir Adik Beradik Lelaki & surat kebenaran bapa).


Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Verification


WhatsApp chat