TelMobile

Umrah Ziarah Istanbul 15H12M


TARIKH PENERBANGAN BILIK BERDUA BILIK BERTIGA BILIK BEREMPAT
08 Nov - 22 Nov Qatar Airways RM9,990 RM8,850 RM8,500
ISTANBUL : HOTEL 4* | MADINAH : CONCORD @ SETARAF | MEKAH : SARAYA AJYAD @ SETARAF

HARGA PAKEJ TERMASUK :

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, cukai lapangan terbang dan insuran.
  • Penginapan di Istanbul, Mekah (300m) dan Madinah (150m).
  • Mutawwif pengiring dari Malaysia.
  • Kursus bimbingan Umrah di Tanahair.
  • Pengurusan visa umrah.
  • Lawatan seperti dalam aturcara.
  • Hidangan makanan buffet ekonomi/packing/layan diri di Mekah dan Madinah.
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara.
  • Insurans perjalanan.
  • Cenderamata :
    • 1 set barangan umrah,
    • Buku doa/panduan umrah & ziarah.
    • Air Zam-zam 5 liter.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK :

  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, troli, telefon hotel dan sebagainya.
  • Tambahan yang tidak dinyatakan di dalam tawaran pakej.
  • Bayaran bagasi lebih had (Melebihi 30 kg).
  • Tip kepada pemandu pelancong di Istanbul.

DEPOSIT :

  • Deposit RM 1,000 seorang perlu dibayar semasa pendaftaran.
  • Jika terdapat sebarang pembatalan pakej, pemulangan deposit adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat standard bagi pakej pelancongan.

BAYARAN PENUH :

  • Bayaran penuh perlu dijelaskan sebulan sebelum tarikh pakej.
  • Jika pendaftaran dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh pergerakan, jemaah perlu membuat pembayaran penuh semasa pendaftaran.

PEMBAYARAN :
Pembayaran perlu dibuat ke

  • PENAMA: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOUR SDN. BHD.
  • BANK: MAYBANK BERHAD
  • NO. AKAUN: 563064131218

NOTA :

  • Tertakluk kepada kelulusan VISA umrah, terma & syarat serta perubahan notis.
  • Polisi harga KANAK-KANAK rujuk ke pejabat WHE Mumtaz Travel.
  • Tambahan bayaran untuk musim cuti sekolah.
  • Aturcara umrah, syarikat penerbangan, tempat lawatan ini tertakluk kepada kelulusan visa dan perubahan semasa tanpa notis.
  • Bilangan hari tertakluk kepada jadual penerbangan.
  • Tertakluk kepada pertukaran matawang asing.
  • Tertakluk pada akta industri pelancongan.
  • Tertakluk pada terma & syarat serta perubahan notis.

Hari 01 : 08 NOV (Khamis)
K. Lumpur

Jemaah berkumpul 3 (tiga) jam sebelum berlepas dari KLIA menuju ke Istanbul melalui Doha dengan penerbangan Qatar Airways.

Hari 02 : 09 NOV 2018 (Jumaat)
Doha > Istanbul

Transit sebentar di Doha dan kemudian berlepas ke Istanbul Tiba di Istanbul. Selepas selesai urusan di imigresen dan pengambilan bagasi, jemaah akan bertolak ke hotel untuk daftar masuk. Kemudian Jemaah akan dibawa berjalan-jalan ke Taksim Square. Solat Jumaat.

Hari 03 : 10 NOV 2018 (Sabtu)
Istanbul

Melawat ke sekitar Bandar Istanbul

  • Istana Topkapi – Istana yang digunakan oleh pemerintah Osmaniyah. Di dalamnya terdapat barang-barang bersejarah dari Nabi Muhammad dan para sahabat seperti janggut, rambut, cincin, pedang.
  • Masjid Biru – masjid yang terkenal dengan 6 (enam) menara yang telah dibina oleh Sultan Ahmad pada tahun 1606.
  • Hippodrome – tempat penyimpanan tugu peringatan dari bangsa-bangsa yang pernah memerintah Istanbul yang berusia ribuan tahun. o Maqam Sahabat Nabi Abu Ayyub Al-Ansari..

Hari 04 : 11 NOV 2018 (Ahad)
Istanbul

  • Sarapan pagi.
  • Ke Muzium Kesenian Islam Turki.
  • Membeli-belah:
    • Grand Bazaar (pusat jualan cenderamata yang terkenal dan mempunyai lebih 4000 kedai yang menjual barangan antik, perhiasan, karpet dan lain-lain.
    • Bazar Misr (tempat terdapat pelbagai barang cenderamata, kacang, dan sebagainya).
  • Ke Pengkalan Gelata untuk menaiki feri-bot Untuk melayari Selat Bosporus (selat yang memisahkan Benua Asia dan Eropah). Sepanjang pelayaran peserta akan dapat menikmati pemandangan indah istana, rumah persinggahan dan dua jambatan gantung..

Hari 05 : 12 NOV 2018 (Isnin)
Istanbul > Madinah

Sarapan pagi. Bertolak menuju ke Bukit Camlica untuk menyaksikan Bandaraya Istanbul. Makan tengahari di restoran tempatan. Dibawa ke lapangan terbang Istanbul untuk penerbangan ke Madinah.

Hari 06 : 13 NOV 2018 (ISelasa)
Madinah

Daftar masuk hotel dan berehat. Ziarah Dalam : Maqam Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. dan perkuburan Baqi’.

Hari 07 : 14 NOV 2018 (Rabu)
Madinah

Ziarah Luar : Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh, tempat percetakan Al-Quran (sekiranya mendapat kebenaran dari Pihak berkuasa) dan melawat di Kebun Kurma.

Hari 08 : 15 NOV 2018 (Khamis)
Madinah > Mekah

Jemaah akan melakukan ziarah Wada’ dan kemudian bertolak ke Mekah dan menuju ke hotel di sana. Selepas selesai pendaftaran masuk hotel dan rehat seketika. Kemudian peserta akan dibimbing menyempurnakan Umrah 1.

Hari 09 : 16 NOV 2018 (Jumaat)
Mekah

Solat Jumaat di Masjidil Haram.

Hari 10 : 17 NOV 2018 (Sabtu)
Mekah

Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 11 : 18 NOV 2018 (Ahad)
Mekah

Ziarah sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji : Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah 2. Dalam perjalanan, jemaah akan melalui Bukit Thur dan Jabal Nur yang sangat bersejarah.

Hari 12 : 19 NOV 2018 (Isnin)
Mekah

Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

Hari 13 : 20 NOV 2018 (Selasa)
Mekah

Jemaah akan dibawa ziarah ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau Muzium Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke kandang unta. Seterusnya jemaah akan ke Miqat Hudaibiyah untuk berniat Umrah 3.

Hari 14 : 210 NOV 2018 (Rabu)
Mekah > Jeddah > Doha > Kuala Lumpur
Jemaah akan melakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Lapanganterbang Jeddah untuk berlepas ke Kuala Lumpur melalui Doha.

Hari 15 : 22 NOV 2018 (Khamis)
Kuala Lumpur

Tiba di KLIA.

NAMA HOTEL MADINAH: Concord (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

NAMA HOTEL MEKAH: Saraya Ajyad (3*) @ Setaraf | JARAK: 300 meter

Bagi Pendaftaran Umrah/Ziarah
Setiap Jemaah perlu melakukan perkara berikut: –

  • Mengisi Borang Pendaftaran Umrah yang disediakan dengan lengkap.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Menyediakan passport Antarabangsa.
  • Gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  • Buku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  • Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun – rujuk perkara 4 bagi urusan permohonan visa.
  • Wang Deposit sebanyak RM1000.00 semasa pendaftaran samada cek/tunai.
    • Bayaran boleh dilakukan diatas nama: WHE MUMTAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD.
    • MAYBANK BERHAD ( Cawangan Perbankan Islam Jalan Air Jernih, Terengganu).
    • No. Akaun : 563064131218

Bagi Urusan Permohonan Visa
Setiap Jemaah perlu menyediakan perkara berikut: –

  1. Serahan passport yang masih laku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
  2. Serahan gambar Visa Umrah 4 Keping bersaiz 4X6cm (latar belakang putih saiz muka 80 %).
  3. SerahanBuku/Surat Suntikan meningitis ACYW135.
  4. Dokumen Mahram – bagi Wanita dan anak lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun :-
    • Isteri pergi tanpa suami (Salinan KP Suami, Surat Nikah, Surat Kebenaran daripada suami & dokumen mahram).
    • Isteri pergi dengan suami (Salinan Surat Nikah).
    • Wanita 45 tahun ke atas;-
      • Wanita Bujang Ikut Bapa (Salinan surat beranak).
      • Wanita Bujang Ikut bapa Saudara (Salinan surat beranak jemaah, Salinan surat beranak bapa saudara, Salinan surat beranak bapa dan surat kebenaran dari bapa (surat kebenaran daripada bapa saudara di Malaysia jika bapa telah meninggal).
      • Wanita Bujang Ikut Adik Beradik Lelaki (Salinan surat beranak & surat kebenaran daripada bapa).
      • Wanita Ikut Anak Lelaki (Salinan Surat Lahir Anak Lelaki & surat kebenaran daripada suami).
    • Anak Lelaki <17 tahun ikut Bapa (Salinan Surat Lahir Sendiri).
    • Anak Lelaki<17 tahun ikut Ibu (Salinan Surat Lahir Sendiri, Salinan surat lahir Adik Beradik Lelaki & surat kebenaran bapa).


Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Verification


WhatsApp chat